
Bulan
Ramadan bulan rahmat. Bulan Ramadan terkandung dalamnya pelbagai
ganjaran dan keistimewaan. Jika mahu ditulis satu persatu kelebihan yang
ada dalam Ramadan, sampai ke hujung Ramadan nanti pun belum tentu kita
selesai menulisnya.
Di
kesempatan ini, saya ingin berkongsi iltizam dan saranan salah satu
amal yang insyaAllah mampu kita amalkan di bulan Ramadan yang mulia ini.
Amalan tersebut adalah membaca al-Quran dari awal sehingga akhir quram
(Khatam) di dalam bulan ini. Target kita adalah sekurang-kurangnya
sekali khatam.
Jika
melihat para sufi, ulama dan ahli agama, sudah tentu mereka khatam
berkali-kali di dalam bulan Ramadan lantaran berkehendaknya mereka ini
mengejar kemuliaan Ramadan yang datang setahun sekali. Sementelahan kita
juga belum pasti tahun hadapan adakah kita mampu bertemu Ramadan lagi.
Niatkanlah
di hati kita di awal Ramadan ini untuk kita menghabiskan dan
mengkhatamkan al-Quran dalam jangkamasa sebulan Ramadan. Plan tersebut
terserah pada kita sendiri tentang bagaimana cara perlaksanaannya.
Antaranya seperti menghabiskan satu juz selepas terawih. (20 muka). Jika
tidak larat, boleh bahagi dua. Selepas subuh 10 muka, selepas terawih
10 muka. Jika tidak larat juga, ambillah 4 muka (2 helai) setiap kali
selesai Solat Fardhu. Moga dengan niat ini, Allah mudahkan hajat kita..
Malah jika kita tak berdaya khatam pun, insyallah iltizam kita melalui
niat ini akan tetap dikira dan diganjari oleh Allah..
Mengapa
saranan ini dibuat? Jika kita membaca Quran di luar Ramadan, setiap
huruf yang kita baca diganjari dengan 10 pahala/fadilat. Maka jika kita
baca Alif Lam Mim, kita sudah dapat 30. Akan tetapi jika baca Quran di
dalam Ramadan, setiap huruf dikira sebagai 700 pahala/fadilat. Allahu
Akbar. Ganjaran yang dilipat gandakan entah berapa kali lipat. Betapa
mulianya Ramadan. Bermakna jika mahu dikira-kira dengan logik akal, kita
baca Alif Lam Mim di bulan Ramadan, kita beroleh 2100 pahala. Allahu
Akbar.
Soal
pahala ini, hanya Allah mengetahui bagaimana bentuk ganjaran 700, 30
dan sebagainya itu. Cuma apa yang dikatakan pada angka itu adalah bagi
menampakkan betapa besar ganjaran serta fadilat yang Allah sediakan pada
kita.
Rebutlah
peluang semasa kita berada di dalam Ramadan ini. Ramadan bulan berkat.
Tersimpan beribu-ribu rahmat. Tersedia setiap masa maghfirah. Jangan lah
kita sombong dan angkuh tanpa rasa tawaduk pada Allah atas kurnia yang
di beri ini.
~~~~~> semoga kita isikn bulan ramadhan ini dgn mngumpulkn bnyk amalan..
`````> ish pun berazam nak khatamkn al quran bulan nie..
`````> start mula dripada hari kedua puasa,,n alhamdulillah.. skarang da sampai juzuk 17....
`````>ish selalu baca waktu selepas asar,,lgipun kat ostel ada tadarus lepas solat asar n sbelum terawih pon slalu baca jgk..
````>waktu bulan puasa ni jgk jgn lupa amalkn ayat SERIBU DINAR...bnyk fadhilatnya..
```>kalo ada kesempatan,,jgn lupa jugak solat sunat dhuha...
Hikmah Ayat 1000 Dinar.
Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:
1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.
2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman dan bencana alam.
4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
Kelebihan Sembahyang Dhuha
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa
yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak
ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah
dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan
dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang
menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari
tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis
baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang
menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya
mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan
Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah
tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih
baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat
At-Thabarani ).
>tuty<